Dekati PPK Pengerang

Sebuah Pertubuhan Peladang yang beroperasi di bawah payung Lembaga Pertubuhan Peladang dan dinaungi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ditubuhkan pada 5 Ogos 1982, PPK Pengerang terus megah menerajui pengeluaran makanan di kawasan DUN Tanjung Surat dan DUN Penawar di Parlimen Pengerang. Pelaburan besar PPK pada Projek Tanaman Jagung, sayur-sayuran, Ternakan Ayam Daging, ternakan Lembu Pedaging dan Kambing Bebiri sangat aktif dijalankan.

Monday 31 December 2012

Kempen Kutipan Derma Gaza

Pada Disember 2012 Ahli Jemaah Pengarah PPK Pengerang telah bersetuju untuk melancarkan Kempen Kutipan Derma untuk Gaza atas cadangan daripada Pihak Pengurusan PPK. Kempen tersebut akan dilancarkan pada 8 Januari 2013 bertempat di Dewan PPK Pengerang.

PPK Pengerang mensasarkan kutipan sebanyak RM 10,000.00. kempen tersebut akan dijalankan selama 1 bulan. walaubagaimanapun, kutipan telah mula dibuat pada pertengahan Disember yang lalu.

Kotak derma yang ditempah khas untuk kempen ini
Kempen ini kana bergerak secara menyeluruh di setiap unit PPK Pengerang, jumlah kesemuanya adalah enam belas (16) unit. Pada majlis pelancaran kempen ini, kesemua Ketua Unit akan menerima sebuah kotak derma Gaza yang akan disampaikan oleh Pengerusi PPK Pengerang. Ketua Unit akan memainkan peranan untuk mengutip derma daripada ahli unit masing-masing. Ini bakal menunjukkan kesepakatan dan kekuatan setiap Ketua Unit dan ahlinya dalam melakukan program amal seumpama ini.

Walaupun sebelum Hari Pelancaran Kempen, PPK Pengerang telah membuat satu kutipan dan penjualan barangan bercirikan GAZA dan Palestin di Karnival Peladang yang berlangsung di MRSM Bakri, Muar. dimana, PPK telah menyediakan kotak kutipan derma di sekitar kawasan pameran dan dewan utama. Alhamdulillah ada yang sudi menderma.Disamping itu, jualan Muffler (atau mafela) sangat laris dijual.
Meja jualan barangan Gaza

Timbalan Peng.Besar salah seorang yang menjaga booth
Kunjungan Pengerusi LPP Dato' Zainal Dahalan (tengah), Pengerusi PPNJ  Dato' Saipolbahri (kiri) dan AJP PPNJ ke Booth PPK Pengerang

Pengerusi PPK Tn Hj Abd Kadir Ahmad memeberi sokongan padu pada usaha ini. beliau menjadi antara pelanggan terawal hari tersebut. (*entah berapa kali letak duit derma pun aku tak tau)

Kempen seumpama ini adalah yang pertama dijalankan oleh PPK Pengerang. dan selama saya bertugas di LPP Johor ini tak silap saya adalah yang pertama di peringkat negeri juga. Semoga Kempen atau program amal PPK Pengerang akan menjadi perintis kepada PPK-PPK yang lain. InsyaAllah. dan setakat ini, PPK Pagoh, PPK Bukit Gambir, dan PPK ledang Tangkak telah bersama PPK Pengerang untuk menjayakan Kempen ini.. Alhamdulillah. 


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes