Dekati PPK Pengerang

Sebuah Pertubuhan Peladang yang beroperasi di bawah payung Lembaga Pertubuhan Peladang dan dinaungi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ditubuhkan pada 5 Ogos 1982, PPK Pengerang terus megah menerajui pengeluaran makanan di kawasan DUN Tanjung Surat dan DUN Penawar di Parlimen Pengerang. Pelaburan besar PPK pada Projek Tanaman Jagung, sayur-sayuran, Ternakan Ayam Daging, ternakan Lembu Pedaging dan Kambing Bebiri sangat aktif dijalankan.

Sunday 22 April 2012

Penah tgk buah lada?

http://instagr.am/p/JuBVvFKs_e/
Ni la buah lada... Ala.. Yg buat sos black pepper tu...

posted from Bloggeroid

Tuesday 10 April 2012

Kursus menggred Buah Tandan Segar

Assalamulaikum..

PENGERANG.. hari ini 10 April 2012 telah berlangsung satu lagi program yang amat bermanfaat  terutamanya pada pekebun pekebun kecil di sekitar Pengerang iaitu Program menggred sawit yang  dianjurkan oleh  bahagian pemasaran BTS PPK pengerang dengan kerjasama oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).

Seramai 100 Orang ahli yang terlibat termasuk beberapa orang pekerja ladang Kurnia Johor. sebanyak 3 kertas telah dibentangkan merangkumi pengurusan ladang yang baik, agronomi, membaja, dan menggred sawit dengan kaedah yang betul.

bermula jam 9 pagi kursus dimulakan dengan bacaan  doa dan tambah seri dengan 'keriangan' MC majlis En. Yahya B. Gono.kursus ini bukan sahaja tertumpu di dlm dewan sahaja.. malah peserta juga didedahkan dengan latihan amali dengan ditugaskan utk menggred 100 tandan buah tandan sawit.

semoga peserta dapat banyak ilmu hari ini.. dan terima kasih kepada PPNJ.

ps// nak tgk gambar?? klik sini  >>>> FB ppk




Monday 9 April 2012

Gotong Royong Unit

Assalamualaikum..

Pada 5 April 2012 tempoh hari, PPK Pengerang telah mengadakan salah satu daripada aktiviti sosial, iaitu gotong royong.. Dengan kerjasama daripada Unit Sinaran Emas yg tertumpu di kawasan Bandar mas PPK Pengerang telah berjaya menjayakan aktiviti tersebut.

Untuk kali ini.. ahli yang dipilih ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak.. PPK telah menyumbang RM 400.00 untuk mengecat rumah beliau dan jamuan makan pula menerima sumbangan daripada unit sinaran mas sendiri. Tahniah kepada Ketua unit Sinaran Mas En Jamaluddin serta AJK beliau kerana dapat bekerjasama. dan menjayakan aktiviti ini.

 layan gambar plak ek...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes