Dekati PPK Pengerang

Sebuah Pertubuhan Peladang yang beroperasi di bawah payung Lembaga Pertubuhan Peladang dan dinaungi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ditubuhkan pada 5 Ogos 1982, PPK Pengerang terus megah menerajui pengeluaran makanan di kawasan DUN Tanjung Surat dan DUN Penawar di Parlimen Pengerang. Pelaburan besar PPK pada Projek Tanaman Jagung, sayur-sayuran, Ternakan Ayam Daging, ternakan Lembu Pedaging dan Kambing Bebiri sangat aktif dijalankan.

Monday 4 February 2013

Syarat -syarat keahlian individu Pertubuhan Peladang Kawasan


  1. Seseorang warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan tinggal dalam kawasan pengendalian PPK.
  2. Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian dan ternakan
  3. Mendapat pendapatan daripada pengeluaran pertanian dan ternakan.
  4. Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pengeluaran pertanian dan ternakan.
sumber daripada : Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang

Wednesday 9 January 2013

Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Peladang PPK pengerang

RABU 9 JANUARI 2013, telah berlangsungnya Mesyuarat ketua unit PPK Pengerang Bil 1/2013.
mesyuarat diadakan untuk membincangkan tentang takwim mesyuarat agung unit yang akan dijalankan bermula selewet-lewatnya hujung januari ini.
Mesyuarat diwakili oleh Ketua Unit, Timbalan Ketua unit dan ketua Peladangnita dan di pengerusikan oleh Tn.Hj. Abdul Kadir bin Ahmad dan En. Fairulnizam selaku Pengurus Besar PPK Pengerang. 
dari kiri, En. Fairulnizam Maskon (Pengurus Besar), tengah Tn Hj Abdul Kadir Ahmad ( Pengerusi PPK) dan En Yahya Gono (Pengurus HEK)
bacaan doa dari Tok Tahir 



Majlis Pelancaran Kempen Derma Gaza PPK Pengerang

RABU, 9 Januari 2013. PPK Pengerang telah melancarkan Kempen kutipan derma Gaza yang berlangsung di Dewan Utama PPK Pengerang. Dihadiri lebih 50 orang, majlis yang bermula selepas Mesyuarat Ketua-ketua Unit Peladang Bil 1/2013 berjalan dengan jayanya.

Dalam Majlis pelancaran tersebut, semua jemputan menonton tayangan video berkaitan Gaza untuk kefahaman serba ringkas. Selepas itu, jemputan mendengar taklimat ringkas daripada Timb. pengurus Besar tentang tujuan, modus operandi serta sasaran kempen ini.
Timb. Pengurus Besar memberi taklimat ringkas kempen Gaza PPK pengerang
Sasaran yang ditetapkan ialah sebanyak RM 10,000.00 selama sebulan kempen akan berjalan. Namun begitu, sekiranya kutipan masih belum mencapai jumlah sasaran, jangkamasa kutipan akan dilanjutkan.
Selepas taklimat diberi, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian kotak derma kepada semua Ketua-ketua unit Peladang.
Kotak Derma Gaza PPK pengerang

Penyampai Kotak derma kepada Ketua Unit oleh Pengerusi PPK (Tn.Hj Abdul Kadir Ahmad) diiringi oleh Pengurus Besar PPK (En. Fairulnizam Maskon) 
Nantikan update-update terbaru mengenai kempen ini di post akan datang.. Terima kasih

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes