Wednesday 9 January 2013

Majlis Pelancaran Kempen Derma Gaza PPK Pengerang

RABU, 9 Januari 2013. PPK Pengerang telah melancarkan Kempen kutipan derma Gaza yang berlangsung di Dewan Utama PPK Pengerang. Dihadiri lebih 50 orang, majlis yang bermula selepas Mesyuarat Ketua-ketua Unit Peladang Bil 1/2013 berjalan dengan jayanya.

Dalam Majlis pelancaran tersebut, semua jemputan menonton tayangan video berkaitan Gaza untuk kefahaman serba ringkas. Selepas itu, jemputan mendengar taklimat ringkas daripada Timb. pengurus Besar tentang tujuan, modus operandi serta sasaran kempen ini.

Timb. Pengurus Besar memberi taklimat ringkas kempen Gaza PPK pengerang
Sasaran yang ditetapkan ialah sebanyak RM 10,000.00 selama sebulan kempen akan berjalan. Namun begitu, sekiranya kutipan masih belum mencapai jumlah sasaran, jangkamasa kutipan akan dilanjutkan.
Selepas taklimat diberi, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian kotak derma kepada semua Ketua-ketua unit Peladang.
Kotak Derma Gaza PPK pengerang

Penyampai Kotak derma kepada Ketua Unit oleh Pengerusi PPK (Tn.Hj Abdul Kadir Ahmad) diiringi oleh Pengurus Besar PPK (En. Fairulnizam Maskon) 
Nantikan update-update terbaru mengenai kempen ini di post akan datang.. Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes