Saturday 6 December 2014

LAWATAN PENGERUSI LPP KE PENGERANG

 LAWATAN PENGERUSI LPP KE PENGERANG


24 Januari 2014 menjadi titik sejarah kepada PPK Pengerang apabila menerima kehadiran Pengerusi LPP Kuala Lumpur iaitu Y. Bhg. Dato' Haji Zainal bin Dahalan. Kedatangan Y. Bhg. Dato' adalah untuk meninjau kejayaan PPK dalam projek tanaman jagung yang meliputi 50 ekar di ZPM Sedili






Y. Bhg. Dato' Haji Zainal bin Dahalan memberikan ucapan sejurus sampai ke tapak projek. Y. Bhg. Dato' melahirkan rasa bangga kepada PPK dan berharap usaha ini sentiasa berterusan dan mampu menambahkan sebahagian hasil makanan negara. Y. Bhg. Dato' juga akan sentiasa bersama PPK bagi membantu dan memudahkan usaha PPK supaya berjalan dengan baik dan lancar serta lebih maju dan mencapai satu standard yang membanggakan. 
Y. Bhg. Dato' meninjau mutu buah jagung yang dihasilkan.


Y. Bhg. Dato' memberi komen terhadap buku berkenaan projek yang diusahakan oleh PPK Pengerang.


Tanaman jagung seluas 50 ekar di ZPM Sedili yang diusahakan oleh PPK Pengerang ini ditanam seekar seminggu telah menghasilkan keuntungan yang membanggakan sepanjang tahun semenjak tahun 2009.

Selain tanaman jagung, PPK Pengerang juga mengusahakan ternakan lembu feedlod di kawasan yang sama. Terdapat kira - kira 120 lembu feedlod yang diusahakan oleh PPK Pengerang sendiri buat masa ini.
Pihak LPP Johor dan PPK Pengerang amat berbesar hati dengan kunjungan  Y. Bhg. Dato' Pengerusi dan semua pihak mengharapkan kejayaan yang berterusan terhasil dari kerjasama ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes